Semak No Pendaftaran Syarikat yang Berdaftar dengan SSM

Assalamualaikum,

saya saja nak share, sebab saya sendiri tak tahu sebelum ni, nak semak dekat mana. so sesiapa tak tahu boleh semak pendaftaran syarikat yang anda semua nak membuat urusan, supaya kalau ada apa-apa, senang sikit. tak gitu, so lebih yakin nak berbelanja lepas ni. alhamdulillah


contoh: masukkan no saja, tidak perlu hurul last dan tanda sepang '-'

no pendaftaran :

(JM0713636-K)


tapi masukkan cuma:

JM0713636


jika anda, ingin masukkan nama syarikat, jangan masukkan no pendaftaran. vice versa ;) ok good luck. ( tekan gambar untuk terus semak )



sumber dari sini

atauuu... anda boleh daftar sendiri dengan langkah seperti ini:

Bagaimana Buat Semakan Pendaftaran SSM Perniagaan Secara Online

Langkah Pertama

Buka laman web ini - https://www.ssm-einfo.my. Memandangkan ia sebuah laman web secure https; saya sangat syorkan anda buka menggunakan Crome atau Internet Explorer. Setakat entri ini ditulis, apabila saya buka guna Firefox, ia ada masalah nak loading.  

Jika dah daftar sebelum ini, masukkan username dan password. Jika belum atau tak pasti, klik bahagian bawah tu .. Register e-Account. Pendaftaran percuma. 
Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online
Ruang pendaftaran adalah seperti di atas. Isikan username nak digunakan, dan juga password. Isikan image verification yang dipaparkan. Ia case sensitive, jika huruf besar, maka gunakan huruf besar.

Kemudian, klik terma syarat tu, dan klik Submit. Selang beberapa minit, semak email anda. Anda akan dapat satu pemberitahuan mengenai pendaftaran anda - ada username serta password.
Cara Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online

Langkah Kedua

Apabila selamat daftar. Anda kembali ke laman web SSM e-Info tadi. Login menggunakan username dan password anda. Sekali lagi, image verification masukkan dengan betul. Klik submit.

Langkah Ketiga

Setelah anda klik butang submit tadi, anda akan diberikan paparan seperti di bawah ini. Pilih Search seperti ditunjukkan.
Cara Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online

Langkah Keempat

Anda kini sudah boleh semakan pendaftaran SSM mana-mana perniagaan samada online atau offline. Ada dua cara, samada menggunakan nombor pendaftaran syarikat tersebut atau menggunakan nama perniagaan. Anda harus tahu, nama syarikat adalah tidak sama dengan nama perniagaan. Ada syarikat yang boleh ada dua perniagaan. - dengan nama lain-lain. Jadi jangan keliru.
Bagaimana nak semak pendaftaran SSM perniagaan secara online
Hasil carian akan ditunjukkan di bawah kolum tersedia di bawah carian tadi seperti ditunjukkan dalam paparan di atas.

Selesai.

Harapnya dengan perkongsian ini, dapatlah anda sebagai pengguna, sebagai kaki shopping online periksa dan menyemak nombor pendaftaran SSM sesebuah syarikat atau perniagaan online dengan mudah.

Sebelum ini ada satu aplikasi tu dalam Google Play, tetapi saya lupa. Tak tahu samada masih ada atau boleh digunakan lagi untuk buat semakan seperti di atas.

Semoga bermanfaat. In Sha Allah. 

Sumber dari sini
: @ha

17 comments:

  1. Sy ambik masa slama 30minit utk mendaftar shja. Seksanya. Last2 tutup trus.

    ReplyDelete
  2. Same.. stress.. nak register pon susah

    ReplyDelete
  3. Letih nak semak syarikat yang berdaftar. Sudah seminggu mencuba, akhirnya give up

    ReplyDelete
  4. Xdpt pon dftr...mcm mna...xkn ni pon scam

    ReplyDelete
  5. No pendaftran perniagaan tu yg ade abjd tu ke? No lesen perniagaan plk yg mne satu

    ReplyDelete
  6. Sama lah dah register dah bayar sepi tiada khabar berita..naik stress tak tau nk buat pe lg burn rm120...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. No pendaftaran perniagaan macam mana erk??

    ReplyDelete
  9. bodoh ssm ni.. apsal nk register bagai... bia la org rmai check scra percuma tnpa register.. utk check kompeni tu legit or not... kalu legit show result registered.. org rmai nk tau tu je.. legit or not.. bangang btl

    ReplyDelete
  10. Kene daftar dulu baru boleh cek kesahihan sesebuah compny,byk presedur!!

    ReplyDelete
  11. Tak boleh pun nk register.. Gagah Dari semalam duk mengadap.. Mcm mana u dpt register?

    ReplyDelete
  12. Assalam boleh tengok syt ini wujud ke tidak

    Hiddan travel sdn bhd

    ReplyDelete
  13. Mcm sial.nak register pun susah.. idiot

    ReplyDelete


whatsapp @ wechat @ text : 0142256922 ( N )
facebook page : https://www.facebook.com/pages/Gift-For-Me-For-U/113864538680518
Instagram : http://instagram.com/gift.4me.n.4u/